Pada tanggal 8 Disember 2013 iaitu pada hari ahad yang lalu, kami famili Menggapai Kinabalu '14 telah mengunjungi Bukit Gasing yang bertempat di Jalan Basing, Petaling Jaya, KL, Kuala Lumpur, Malaysia. Kami telah menggunakan peluang ini untuk melakukan pendakian di Bukit Gasing bagi memantapkan lagi stamina para peserta Menggapai Kinabalu.
Seawal jam 7.30 pagi, kami semua telah berkumpul di foyer Kolej Kediaman dan bertolak ke Bukit Gasing yang hanya mengambil masa 10 minit. Kunjungan ini telah mencipta memori indah tambahan pula semua peserta telah berjaya sampai ke puncak dengan selamat. Kami semua selamat tiba ke kolej jam 12.30 tengah hari. Semestinya memori indah ini dapat mengeratkan lagi ikatan antara semua peserta Menggapai Kinabalu '14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan