Jumaat, 20 Disember 2013
Fakta Menarik Gunung Kinabalu
#11 FAKTA-FAKTA MENGENAI STAMINA
1 – Seseorang dikatakan mempunyai stamina yang tinggi jika dia mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan) tanpa henti untuk tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda penat, letih atau semput.
2 – Stamina mengambil masa yang agak lama untuk dibentuk, namun mengambil masa yang singkat untuk kehilangannya. Kebiasaannya, stamina seseorang individu akan hilang lebih 50% jika berhenti bersenam selama 2 minggu.
3 – Stamina amat bergantung pada faktor usia. Tidak hairanlah jika dalam kelas pendidikan jasmani (PJ) di sekolah, anak murid akan mempunyai stamina yang lebih hebat berbanding cikgu PJ nya sendiri. Ini belum termasuk lagi jika cikgu PJ tersebut mempunyai perut yang boroi (dah tak jaga makan) atau merokok, maka makin jauh perbezaannya tu.
4 – Tahap stamina anda adalah dianggap sangat memuaskan sekiranya anda boleh berjogging sambil bercakap dengan biasa dalam masa yang sama, tanpa rasa mengah atau pancit.
5 – Antara sukan-sukan yang memerlukan stamina yang tinggi adalah berlari jarak jauh (marathon), tinju, tenis, bola sepak, dan berenang. Mendaki bukit/gunung tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang.
6 - Orang yang kurus tanpa produk kebiasaannya akan memperoleh tiga hadiah di akhir fasa menurunkan berat badannya: Berat badan idle, Peningkatan tahap kesihatan, dan Stamina. Ini lebih menguntungkan berbanding mereka yang hanya mengambil pil kurus semata-mata, yang mungkin hanya mendapat 2 daripada hadiah di atas. Ini membuktikan bahawa stamina itu sama sekali tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
7 – Sumber kekacang adalah antara makanan yang mampu meningkatkan stamina seseorang kerana kandungan zat besinya yang tinggi. Zat besi diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang membantu dalam pengangkutan oksigen ke otot-otot.
Hak cipta terpelihara
Unknown
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan