Jumaat, 13 Disember 2013
Fakta Menarik Gunung Kinabalu
#5 FAKTA KINABALU
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma ini juga merupakan spcies Rafflesia arnoldii yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.
Hak cipta terpelihara
Unknown
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan