Khamis, 19 Disember 2013
Fakta Menarik Gunung Kinabalu
#8 : TIPS MENDAKI GUNUNG
Tidak dinafikan, aktiviti ini sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental, dan seterusnya menyihatkan badan. Akan tetapi, kebiasaannnya para pendaki yang baru berjinak-jinak mendaki gunung pastinya tidak akan terlepas daripada kesakitan dan kekejangan otot. Di sini admin menyatakan sedikit tips yang sedikit sebanyak dapat membantu para pendaki untuk elakkan perkara-perkara yang tak diingini.
1. Ketahui lokasi gunung yang akan didaki melalui internet.
2. Jika pendakian anda adalah yg pertama, PASTIKAN yang bukit/gunung yang akan di daki itu bersesuaian dgn tahap kecergasan anda. Mendaki bukit/gunung yg di luar kemampuan kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda.
3. Adalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dgn kumpulan atau ketua yg berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian serta mengurangkan risiko hilang atau kemalangan.
4. Bawalah alatan peribadi secukupnya.
5. Mendaki gunung memerlukan stamina yang fit dan keadaan tubuh badan yang baik. Ada baiknya anda berolahraga beberapa minggu sebelum hari pendakian, seperti jogging. Jalur pendakian yang menanjak, udara yang dingin, dan oksigen yang menipis akan jadi halangan terberat. Lakukanlah olahraga dengan rutin dan teratur, jangan lupa juga untuk menyeimbangkan waktu istirahat.
6. Berpegang teguh pada prinsip ini: " Take nothing but picture, leave nothing but footprint, kill nothing but time".
Hak cipta terpelihara
Unknown
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan