Selasa, 24 Disember 2013

Fakta Menarik Gunung Kinabalu


#12 : THE FIRST PERSON WHO REACH MT KINABALU


Hugh Low, a British colonial administrator, completed the first recorded climb of Mount Kinabulu. He reached the summit plateau in 1851. He didn’t attempt to make it to the highest peak since he thought it was “inaccessible to any but winged animals.” In 1888, zoologist, John Whitehead, ascended the highest point. Lilian Suzette Gibbs, a British botanist, was the first woman to reach the summit in 1910.










Jumaat, 20 Disember 2013

Fakta Menarik Gunung Kinabalu


#11 FAKTA-FAKTA MENGENAI STAMINA

1 – Seseorang dikatakan mempunyai stamina yang tinggi jika dia mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan) tanpa henti untuk tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda penat, letih atau semput.

2 – Stamina mengambil masa yang agak lama untuk dibentuk, namun mengambil masa yang singkat untuk kehilangannya. Kebiasaannya, stamina seseorang individu akan hilang lebih 50% jika berhenti bersenam selama 2 minggu.

3 – Stamina amat bergantung pada faktor usia. Tidak hairanlah jika dalam kelas pendidikan jasmani (PJ) di sekolah, anak murid akan mempunyai stamina yang lebih hebat berbanding cikgu PJ nya sendiri. Ini belum termasuk lagi jika cikgu PJ tersebut mempunyai perut yang boroi (dah tak jaga makan) atau merokok, maka makin jauh perbezaannya tu.

4 – Tahap stamina anda adalah dianggap sangat memuaskan sekiranya anda boleh berjogging sambil bercakap dengan biasa dalam masa yang sama, tanpa rasa mengah atau pancit.

5 – Antara sukan-sukan yang memerlukan stamina yang tinggi adalah berlari jarak jauh (marathon), tinju, tenis, bola sepak, dan berenang. Mendaki bukit/gunung tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang.

6 - Orang yang kurus tanpa produk kebiasaannya akan memperoleh tiga hadiah di akhir fasa menurunkan berat badannya: Berat badan idle, Peningkatan tahap kesihatan, dan Stamina. Ini lebih menguntungkan berbanding mereka yang hanya mengambil pil kurus semata-mata, yang mungkin hanya mendapat 2 daripada hadiah di atas. Ini membuktikan bahawa stamina itu sama sekali tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

7 – Sumber kekacang adalah antara makanan yang mampu meningkatkan stamina seseorang kerana kandungan zat besinya yang tinggi. Zat besi diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang membantu dalam pengangkutan oksigen ke otot-otot.






Khamis, 19 Disember 2013

Fakta Menarik Gunung Kinabalu


#10 WONDERS OF BIRDS IN THE FOREST OF MAGIC


The forest initially seems quiet and devoid of birds. Patience, however, will be rewarded when flocks of mixed species swoop down from the upper canopy to feed in the lower canopy. These are the famous 'bird-waves' in which a diverse range of species act in unison to flush out insects and other prey. The bird photographer, having waiting patiently with his camera and tripod for hours, suddenly has roving bands of Flycatchers, Whistlers, Tailorbirds, Warblers and Fantails.

Other birds commonly found include :
White-eyes, Yuhinas and Drongos
Chestnut-capped Laughing-thrush.
Crimson-headed and Red-breasted Partridges.
Rhinoceros Hornbill





Fakta Menarik Gunung Kinabalu



#9: GUNUNG KINABALU DAN MASYARAKAT KAUM KADAZANDUSUN

sesuatu yang ramai tidak tahu tentang upacara pemujaan di gunung ini.

1. Kaki dan lereng Gunung ini (diluar kawasan Taman Kinabalu) dihuni oleh masyarakat dari suku kaum Kadazandusun dan mereka mempercayai gunung ini sebagai tempat persemadian roh nenek moyang mereka yang telah meninggal.

2. Itulah sebabnya Gunung ini dipelihara dan dikekalkan keasliannya sejak zaman-berzaman oleh masyarakat kadazandusun.

3. Malah sehingga kini, upacara memuja roh-roh penghuni gunung ini masih dilakukan setiap tahun untuk memastikan tidak ada kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku kepada para pendaki.

Nantikan update seterusnya.




Fakta Menarik Gunung Kinabalu


#8 : TIPS MENDAKI GUNUNG

Tidak dinafikan, aktiviti ini sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental, dan seterusnya menyihatkan badan. Akan tetapi, kebiasaannnya para pendaki yang baru berjinak-jinak mendaki gunung pastinya tidak akan terlepas daripada kesakitan dan kekejangan otot. Di sini admin menyatakan sedikit tips yang sedikit sebanyak dapat membantu para pendaki untuk elakkan perkara-perkara yang tak diingini.

1. Ketahui lokasi gunung yang akan didaki melalui internet.

2. Jika pendakian anda adalah yg pertama, PASTIKAN yang bukit/gunung yang akan di daki itu bersesuaian dgn tahap kecergasan anda. Mendaki bukit/gunung yg di luar kemampuan kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda.

3. Adalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dgn kumpulan atau ketua yg berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian serta mengurangkan risiko hilang atau kemalangan.

4. Bawalah alatan peribadi secukupnya.

5. Mendaki gunung memerlukan stamina yang fit dan keadaan tubuh badan yang baik. Ada baiknya anda berolahraga beberapa minggu sebelum hari pendakian, seperti jogging. Jalur pendakian yang menanjak, udara yang dingin, dan oksigen yang menipis akan jadi halangan terberat. Lakukanlah olahraga dengan rutin dan teratur, jangan lupa juga untuk menyeimbangkan waktu istirahat.

6. Berpegang teguh pada prinsip ini: " Take nothing but picture, leave nothing but footprint, kill nothing but time". 




Fakta Menarik Gunung Kinabalu



#7 FAKTA PUNCAK GUNUNG KINABALU

1. Salah satu laluan yang dibina di Asia Tenggara dan yang tertinggi di dunia. 

2. Berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud: Jalan Besi

3. Terletak pada aras ketinggian 3,200m ke 3,800m

4. Laluan pendakian yang dilengkapi dengan tangga dan kabel 
dipasang pada permukaan berbatu, membuka satu jalan yang 
terlindung untuk memastikan semua pendaki dapat melaluinya.

5. Waktu perang dunia pertama, tentera menggunakan Via Feratta
untuk menyeberangi Banjaran Gunung Italian.

6. Sesiapa sahaja berumur antara 10 hingga 70 boleh mendaki 
Mountain Torq via ferrata

7. Pusat latihan pendakian gunung pertama di Asia Tenggara.




Laluan ke Puncak Gunung Kinabalu



#6 FAKTA PUNCAK GUNUNG KINABALU

Gunung Kinabalu bukan memunyai satu saja puncak. Bukan dua, bukan tiga. Sangat banyak. Tapi admin boleh cerita sepuluh jenis puncak sahaja. Ada lagi puncaknya, tetapi puncak minor sahaja. Berikut adalah senarai puncak Gunung Kinabalu serta ketinggian dari paras laut:



1. Puncak Low's (Low's Peak) : 4095.2m




2. Puncak St. John's (St. John's Peak) : 4091m




3. Puncak Victoria (Victoria's Peak) ;
 sama paras laut dengan Puncak St. John.



4. Puncak King Edward (King Edward Peak) : 4086m





5. Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak) : 4054 m





6. Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister's Peak) : 4032m




King Edward (King Edward Peak) 
7. Puncak Alexandria (Alexandria Peak) : 4003 m





8. Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) : 3975.8m







9. Puncak Tunku Abdul Rahman 
(Tunku Abdul Rahman Peak) : 3948m.





10. Puncak Selatan (South Peak) : 3922m.

Jumaat, 13 Disember 2013

Kunjungan ke Bukit Gasing


Pada tanggal 8 Disember 2013 iaitu pada hari ahad yang lalu, kami famili Menggapai Kinabalu '14 telah mengunjungi Bukit Gasing yang bertempat di Jalan Basing, Petaling Jaya, KLKuala LumpurMalaysia. Kami telah menggunakan peluang ini untuk melakukan pendakian di Bukit Gasing bagi memantapkan lagi stamina para peserta Menggapai Kinabalu. 

Seawal jam 7.30 pagi, kami semua telah berkumpul di foyer Kolej Kediaman dan bertolak ke Bukit Gasing yang hanya mengambil masa 10 minit. Kunjungan ini telah mencipta memori indah tambahan pula semua peserta telah berjaya sampai ke puncak dengan selamat. Kami semua selamat tiba ke kolej jam 12.30 tengah hari. Semestinya memori indah ini dapat mengeratkan lagi ikatan antara semua peserta Menggapai Kinabalu '14.





















Fakta Menarik Gunung Kinabalu



#5 FAKTA KINABALU


Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma ini juga merupakan spcies Rafflesia arnoldii yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.




Fakta Menarik Gunung Kinabalu



#4 FAKTA KINABALU

Perhatian Wahai Pendaki!

Dalam keseronokan kita nak mendaki Gunung Kinabalu, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira.

1) Pada peringkat awal, ada akan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak tangga yang diperbuat daripada bentuk muka bumi dan akar-akar pokok.

2) Kebanyakkan pendaki mengalami pening-pening dan ada yang muntah semasa mndaki. Jangan lupa untuk membawa ubat yang diperlukan nanti.

3) Semakin tinggi anda mendaki, anda akan merasa cepat letih. Ini adalah disebabkan kandungan oksigen di udara smakin nipis.

4) Permukaan batu granite adalah licin terutama apabila hujan. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan berlari-lari dan pakailah kasut yang bertapak getah.

Ini adalah antara perkara yang penting yang perlu diambil kira. Jadi, selamat mendaki wahai bakal pendaki Gunung Kinabalu!




Fakta Menarik Gunung Kinabalu



#3 FAKTA KINABALU


Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu: 

  • Puncak Low's (Low's Peak - 4095.2m)
  • Puncak St. John's (St. John's Peak - 4090.7m)
  • Puncak Oyayubi Iwu ( Oyayubi Iwu Peak - 3975.8m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Edward King (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)





Rabu, 11 Disember 2013

Fakta Menarik Gunung Kinabalu

#2 FAKTA KINABALU

Pembentukan Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.

Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar.

Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan. Penyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu pemantauan semula telah dilaksanakan menerusi teknologi satelit yang mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah pada ketinggian 4,095 meter (13,435 kaki) diatas paras laut, dimana ketinggiannya kurang 6 meter (20 kaki) daripada apa yang ternyata dalam terbitan angka hitherto yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,101 meter (13,455 kaki).





Menggapai Corner Domino's Pizza Fasa 2

Pada 18 Disember 2013, Menggapai Kunabalu - MK, akan mengadakan jualan Domino's pizza di Kolej Kediaman Kinabalu. Penghantaran juga akan dilakukan di setiap kolej kediaman di dalam UM.

Berikut adalah butiran jualan ini:-

Tarikh: 18 Disember 2013 (Rabu)
Tempat: Dewan Sri Mutiara, KK8 Universiti Malaya
Masa: 9.00pm-11.00pm

Berikut adalah butiran kupon yang akan dijual:-
a. 1 Keping pizza (Besar) = RM 4.00
b. 1 Keping pizza (Besar) + Air Kordial = RM 5.00
c. 2 Keping pizza (Besar) = RM 7.00
Poster Jualan

Jumaat, 6 Disember 2013

Fakta Menarik Gunung Kinabalu

#1 FAKTA KINABALU

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Isnin, 2 Disember 2013

Menggapai Corner Di Gazebo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempena Program Jabatan Penerangan Malaysia yang diadakan pada 23 November 2013 (Sabtu) bertempat di Pentas Gazebo, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya, Projek Menggapai Kinabalu 14 (MK'14) telah membuka gerai Menggapai Corner dengan membuat jualan Domino's Pizza di gerai-gerai jualan berhampiran Pentas Gazebo dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Berbekalkan azam bagi mencari dana untuk projek MK'14, semua AJK bekerjasama untuk menjual pizza-pizza tersebut. Alhamdulillah semua pizza habis terjual.
Antara gambar menarik pada hari kejadian

Biro Tajaan bersama Pengarah MK'14 berdiskusi

AJK sedang bersiap-siap


Pizza yang ingin dijual
Harga pizza yang dijual oleh MK'14


Tabung MK'14
Antara pelanggan Menggapai Corner

Di kesempatan ini, kami semua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan Menggapai Corner pada 23 November 2013 bertempat berhampiran Pentas Gazebo. Tahniah kepada semua AJK yang sanggup bekorban masa untuk mencari dana bagi menjayakan Menggapai Kinabalu 2014.
Support Menggapai Kinabalu MK'14.