Jumaat, 21 Disember 2012

Jualan Harga Runtuhhhhhhhhhh!!!!!

Assalamualaikum...

Seperti sedia maklum dari post entri yang lepas pada 17-21 Disember 2012 merupakan minggu yang terakhir Menggapai Corner bagi projek MK'13 kami. Oleh itu, dengan sukacita sekali lagi kami memaklumkan bahawa kami sekali membuat jualan istimewa iaitu "Jualan Harga Runtuh" untuk semua menu kami seperti Roti Hotdog,  Roti Bakar, Smoothy dan Ice-Blended.

Berikut adalah butiran Jualan Harga Runtuh (Sila Rujuk Poster) :






Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada raka-rakan yang memberi sokongan sepanjang kami membuat jualan Menggapai Corner di Dewan Sri Mutiara, KK8.  Begitu juga syabas dan tahniah kepada ahli-ahli MK'13 kerana tidak mengenal erti penat dan mengeluh tetapi bersemangat dari hari ke hari sepanjang jualan berlangsung.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah s.w.t .
Tiada yang mustahil jika semua halangan kita dapat tempuhi.

Selamat Maju Jaya untuk Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2012/2013.

Sekian, terima kasih

"TERATAS DI PERSADA PERDANA"

Ahad, 16 Disember 2012

Latihan Mendaki Di Gunung Nuang


Assalamualaikum....

Dimaklumkan daripada Pengarah Projek, Saudara Syafiq Bahari bahawa latihan mendaki yang kedua akan diadakan pada 22 Disember 2012 di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.

Latihan ini diadakan bagi membina stamina dan memberi pengalaman tambahan kepada semua ahli-ahli Projek MK'13 sebelum melakukan pendakian di Gunung Kinabalu, Sabah pada akhir bulan Januari 2013 nanti.

Berikut gambaran mengenai Gunung Nuang :

Gunung Nuang terletak daerah Hulu Langat, Selangor, 17km dari Bandar Cheras melalui Jalanraya Hulu Langat ke Pangson dan 28km dari Kuala Lumpur. Ketinggian Gunung Nuang ialah 1493m (4899 kaki). Gunung Nuang juga bersempadan dengan negeri Pahang.


Gunung Nuang dari pandangan jauh. Sejuk mata memandang.

                       

Lokasi
Gunung Nuang ialah puncak yang terting di Negeri Selangor

Sekian, Terima Kasih.

Istimewa Minggu Terakhir Menggapai Corner

Assalamualaikum....

Dimaklumkan bahawa 17-21 Disember 2012 merupakan minggu terakhir untuk jualan Menggapai Corner. Oleh itu, kami telah menyedia jualan istimewa untuk minggu ini iaitu Domino's Pizza.

Diharap semua dapat memberikan sokongan yang tidak sehingga terutamanya sokongan daripada rakan-rakan yang berada di KOLEJ KEDIAMAN KINABALU dengan mendapatkan kupon daripada ahli-ahli Projek Menggapai Kinabalu '13.

Berikut adalah butiran kupon Domino's Pizza :

Saiz : Large
Hari : 19 Disember 2012
Tempat : Menggapai Corner, Dewan Sri Mutiara KK8
Kupon 1 : 1 keping pizza (RM4.00)
Kupon 2 : 2 keping pizza (RM7.00)
Kupon 3 : 1 keping pizza + Ice Blended (RM7.00)


Poster Jualan Domino's Pizza

Sekian, Terima Kasih.

Video Promo Menggapai Corner

Assamualaikum...

Butir-butir Menggapai Corner:

Masa : 8.30 - 12.00 malam
Hari : Isnin - Jumaat
Tempat : Dewan Sri Mutiara KK8.

*Mulai 10-21 Disember 2012 jualan bermula dari jam 9.30 malam sehingga 12.00 malam


Berikut adalah Video Promo untuk jualan Menggapai Corner yang disediakan oleh Biro Publisiti.



Jemputlah datang beramai-ramai.
Sekian, Terima Kasih.

Rabu, 28 November 2012

Video Promo Broga Hill

Assalamualaikum.....

Sempena aktiviti kami yang seterusnya iaitu mendaki Bukit Broga tidak lama lagi pada 8 Disember 2012, Biro Publisiti Menggapai Kinabalu telah menyediakan video promo.


Semoga dengan adanya video ini, semua ahli lebih bersemangat untuk bekerja keras demi menjayakan Projek Menggapai Kinabalu '13.

In Syaa Allah.


#Catatan Tambahan#
<< Menggapai Corner Fasa 3 masih berlangsung pada 26-30 November 2012 >>
<< Waktu Operasi : 8.30 - 12.00 malam >>
<< Tempat : Dewan Seri Mutiara, KK8 >>

Sabtu, 24 November 2012

Menggapai Corner Fasa 2 Selesai....

Assalamualaikum...

Seperti sedia maklum, Menggapai Corner Fasa 2 telah pun berakhir dengan jayanya setelah selama seminggu kami berganding bahu pada 19-23 November 2012 yang lalu. Alhamdulillah, hasil jualan kami semakin meningkat dari hari ke hari. Hal ini berlaku mungkin disebabkan penambahbaikkan yang telah dilakukan oleh setiap Biro. Tanpa komitmen daripada semua ahli projek mesti aktiviti jualan ini tidak berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak sehingga diucapkan kepada semua ahli.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang perjalanan Menggapai Corner Fasa 2 :

Persedian sebelum jualan bermula. Nampak semakin meriah... 

Menu Kami

persediaan Hotdog Bun, Roti Bakar dan Sandwich






Pelanggan Pertama
Begitulah gambarannya. Terima kasih kepada warga di Kolej Kediaman Kinabalu kerana membeli dan secara tidak langsung memberi sokongan yang tidak terhingga kepada kami. Semangat kami semakin hari semakin berkobar-kobar untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Menggapai Corner Fasa 3 akan terus berlangsung setelah melakukan perbincangan dalam perjumpaan pada hari terakhir jualan Fasa 2.

Akhir kata, kami akan terus menjanjikan yang terbaik untuk semua. In Syaa Allah.

Sekian, terima kasih.

"TERATAS DI PERSADA PERDANA"

Jumaat, 23 November 2012

Bersedia Untuk Ke Bukit Broga

Gambar Sekadar Hiasan
Assalamualaikum....

Pada 1 Disember 2012 Jam 4.30 pagi kami akan memulakan perjalanan dari Kolej Kediaman Kinabalu ke Bukit Broga untuk melakukan aktiviti pendakian (Tarikh telah beranjak disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan).
Bukit Broga terletak bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.

Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.

Objektif utama kita melakukan aktiviti ini ialah mengeratkan atau mengukuhkan lagi silaturrahim sesama ahli projek MK'13 selain membuat latihan stamina sebelum mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Berikut adalah beberapa Tips Untuk Melakukan Aktiviti Pendakian :

  1. Berdoa agar ekspedisi tidak mendatangkan musibah. Bertawakkallah kepada Allah.
  2. Sarapan jangan lupa !! walaupun sedikit. Disebabkan kita pergi 4.30 pagi eloklah bawa biskut dalam bungkusan kecil dan susu kotak sebagai alas perut.
  3. Pakai baju (t-shirt) yang nipis tetapi menyerap peluh. Bawa bersama sehelai tuala Good Morning dan sebuah beg galas kecil untuk mengisi air mineral atau 100 Plus.
  4. Jangan berangan hendak memakai sweater tebal kerana anda akan 'terbakar' ketika mendaki nanti! Sebaik-baiknya lakukan sedikit regangan otot atau senaman ringan sebelum mendaki untuk mengelakkan kekejangan otot.
  5. Pakai kasut yang selesa dengan kaki anda. Jangan menggunakan kasut yang berat dan sudah haus tapaknya.
  6.  Jangan leka dengan telefon bimbit, i-pad dan seumpama denganya. Jangan sumbat telinga dengan earphone kerana dikhuatiri anda tidak mendengar panggilan rakan atau hilang imbangan badan di tempat tinggi (sains dan biologi =)
  7. Jangan berhenti berehat terlalu lama kerana dikhuatiri akan cepat letih dan 'malas' untuk meneruskan pendakian. Jangan terlalu teruja untuk mengambil gambar pada hentian pertama!
  8. Jika kawasan licin, berpaut pada akar pokok dan ikut tanah yang bertangga (terbentuk hasil pendakian beribu-ribu umat manusia yang telah mendaki)
  9. Seorang perlu naik dahulu ke atas dan menarik yang lain dengan tangan. Inilah pentingnya membawa kawan atau pergi dalam kumpulan.
  10. Pastikan jarak perjalanan anda dengan rakan tidak terlalu jauh kerana perjalanan turun lebih mudah dan pantas. Hati-hati kerana anda akan mudah jatuh. jangan terus berlari ke bawah tetapi berjalan ke arah kiri dan kanan (zig-zag)
  11. Jika rasa tidak sihat tiba-tiba sila beritahu ketua atau rakan. Jangan diamkan sahaja!!


Peringatan tambahan :

# Sila bawa kelengkapan untuk solat kerana kita akan solat Subuh di sana.
# Kalau boleh tidur awal untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya.
# Jaga diri sesama kita.
# Enjoy Yourself



Semoga urusan kita akan dipermudahkan pada hari tersebut. In Syaa Allah.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 22 November 2012

Peta Ke Puncak Gunung Kinabalu


Assalamualaikum.....
Peta Ke Gunung Kinabalu

Paparan peta diatas bertujuan agar ahli-ahli MK'13 mendapat gambaran tentang tempat apa yang dahulu kita akan tiba dan ke mana hala tuju kita seterusnya.

Diharapkan perjalanan kita di atas sana dipermudahkan.
In Syaa Allah...!


Sekian, Terima Kasih.

"TERATAS DI PERSADA PERDANA"

Tempahan Tiket Penerbangan Selesai

Assalamualaikum & salam sejahtera,



Alhamdulillah!
Segala urusan penempahan tiket pergi-balik sudah selesai pada 15 November 2012 yang lepas.
Terima kasih Saudara Syafiq Bahari selaku Pengarah projek dalam memastikan segalanya berjalan lancar.
Selesai sudah satu masalah.

Kami dapat harga tiket untuk seorang pergi-balik RM357.00 dengan menaiki perkhidmatan penerbangan AirAsia.

27 Januari 2013 kelak terbanglah kami ke Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk penerbangan pergi kami terpaksa membahagikan kumpulan kepada 3 kumpulan yang berbeza waktu penerbangan. Penerbangan awal yang kami dapat ialah seawal 6.45 pagi. Hal ini berlaku disebabkan ketiadaan tiket untuk harga yang sama untuk 27 ahli kami.

Manakala, penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pula tiada pembahagian kumpulan. Semua ahli dapat balik pada waktu penerbangan yang sama pada 2 Februari 2013.

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur telah beranjak 1 hari. Kami sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Februari 2013 tetapi disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa tambah 1 hari di Kota Kinabalu, Sabah.

Walaubagaimanapun, perubahan hari untuk penerbangan pulang tidak mendatangkan masalah kepada tentatif program kami disana. Kami dibenarkan  buat aktiviti bebas. Kemungkinan besar berehat sahaja setelah penat mendaki Gunung Kinabalu.


Sekian, catatan entri kali ini.
Terima Kasih.

Selasa, 20 November 2012

Menggapai Corner : Fasa 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Poster Menggapai Corner: Fasa 2

Sukacita dimaklumkan, Projek Menggapai Kinabalu masih meneruskan aktiviti membuat jualan di kolej kami.


Tarikh : 19 - 23 November 2012
Masa : 8.30 - 12.00 malam
Tempat : Dewan Makan Seri Mutiara, Kolej Kediaman Kinabalu (KK8), Universiti Malaya.

Penambahbaikan telah dilakukan untuk Menggapai Corner Fasa 2 dalam segala hal seperti menu, publisiti, hiasan, pengurusan dan lain-lain.

Menu Menggapai Corner Fasa 2 :
  1. Smoothy Perisa Buah-buahan ( Laici, Strawberi, Mangga, Blackcurrant, Oren, Durian Belanda )
  2. Ice Blended  ( *Latte Capucino, *Coklat , *Mocha, Laici , Strawberi, Mangga, Blackcurrant, Oren, Durian Belanda, Mangga)
  3. *Roti bakar
  4. *Sandwich
  5. *Roti Hotdog
*Perisa Baru/menu baru

Jemputlah datang beramai-ramai ke Menggapai Corner.
Meriahkan lagi gerai kami.


Sekian, Terima kasih

Sabtu, 17 November 2012

Menggapai Corner : Fasa 1

Assalamualaikum...

Seperti yang dirancang sejak awal-awal lagi, minggu jualan kami yang pertama atau nama lainnya ialah Menggapai Corner: Fasa 1 Projek Menggapai Kinabalu '13 telah pun berjaya. Menggapai Corner: Fasa 1 kami ini berlangsung pada 5-8 November 2012.

Jualan kami terbahagi kepada dua sesi iaitu jualan pagi dan malam. Jualan pagi bermula pada Jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi ( kalau jualan habis awal boleh tutup gerai ). Jualan malam pula pada Jam 8.30 malam hingga 12.00 malam.

Minggu jualan ini perlu dijalankan bagi menampung sedikit perbelanjaan kami untuk mendaki Gunung Kinabalu yang seperti telah dimaklumkan oleh Pengarah projek awal-awal lagi, "Projek ini memerlukan perbelanjaan yang amat besar bagi seorang pelajar seperti kami iaitu paling kurang kami memerlukan RM1000+- setiap seorang".

Sebagai langkah paling utama, Biro Publisiti memainkan peranan yang amat penting untuk menguar-uarkan kegiatan jualan kami kepada pelajar-pelajar lain untuk memberi sambutan kepada aktiviti kami dan secara tidak langsung memberi galakan yang positif kepada kami semua.

Antara menu jualan yang kami telah berjaya untuk fasa pertama ini ialah :

Jualan Pagi :
  1.  Donut Gula/Coklat
  2. Hotdog Roll
  3. Muffin Coklat
Jualan Malam :
  1. Smoothy
  2. Ice blended
  3. Domino's Pizza ( 6-7 Nov 2012 sahaja)
Berikut adalah poster-poster Biro Publisiti untuk menarik perhatian bakal-bakal pelanggan kami.
Menu untuk Jualan Pagi
Smoothy dan Ice Blended untuk jualan malam
Jualan Domino's Pizza memerlukan pre-order dahulu. Kami mengguna cara jualan kupon.
Berikut pula antara kenangan yang sempat yang dirakam oleh lensa kamera ahli-ahli yang bersemangat mencari wang dana.

Jualan cenderamata yang dibawa khas dari Sarawak
Set up
Jualan Domino's Pizza mendapat sambutan hangat.
Bersemangat menerima order dari jauh
Membuat smoothy sambil diperhatikan oleh rakan.
Tekun membuat Smoothy.
Tekun memenuhi order daripada pelanggan
Ice blended yang special
Antara Pelanggan kami yang sempat dirakam

Inilah antara detik-detik indah kami bersama selama seminggu.
Terima Kasih tidak terhingga kepada semua ahli-ahli projek yang memberi kerjasama dan komitmen.
Kami berharap keuntungan kami sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan kami nanti. InsyaAllah.

Tiada usaha yang sia-sia untuk mengecapi kejayaan... !!

Mari kawan-kawan kita usaha lagi mencari duit demi Gunung Kinabalu yang menjadi idaman pada sesi 2012/2013....

P/s : Menggapai Corner: Fasa 2 dalam pembikinan. Lebih ceria & semangat. Tungguuuuuuuu...!!

Sekian, untuk entry kali ini.

wassalam.

Jumaat, 16 November 2012

PEMBAHAGIAN BIRO

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..
Dalam entry kali ini kami ingin berkongsi bagaimana ahli kami yang seramai 27 orang membahagikan kerja-kerja mengikut setiap Biro. Projek ini terdiri daripada beberapa Biro-biro iaitu :

  • Biro Dana & Tajaan
  • Biro Program & Protokol
  • Biro Publisiti
  • Biro Domestil
  • Biro Tugas-Tugas Khas
Secara keseluruhannya, hampir setiap Biro diketuai oleh pelajar senior berikutan pelajar senior telah mempunyai pengalaman bagaimana sesuatu projek kolej dikendalikan. 
setiap ketua Biro telah dilantik oleh Pengarah projek ini kerana Pengarah projek ini percaya akan kredibialiti atau kemampuan ketua-ketua biro tersebut.
Manakala, ahli-ahli biro pula terdiri daripada pelajar-pelajar junior dan mereka dibenarkan untuk memasuki Biro-biro yang mereka suka dan perlu berjanji akan melaksana tugas-tugas yang bakal mereka terima dengan sebaik mungkin.
Ada juga ahli-ahli biro yang telah diserap masuk dari awal atau telah nampak bakatnya oleh pengarah seperti Biro Publisiti.

Berikut adalah nama-nama ahli mengikut biro :

NO
BIRO PROGRAM
 1
NUR BAHIYAH BT SAIFUL ANWAR (K)
 2
NURUL NAQIAH HANNY BT KAMARZAMAN
 3
MOHAMAD HAZZANI B HAMZAH
 4
MUHAMMAD YAZID KHAN BIN GULAB KHAN
 5
AFIQ FARHAN B MAZRIL

BIRO DANA & TAJAAN
 6
NURUL NABILAH BT. MD. ASRI (K)
 7
FARAH HANUM BT RAMLI
 8
FARIDATUL FARAH BT HAMAT @ HAMAT ZAIN
 9
AHMAD WAFIUDDIN B HARUN

BIRO PUBLISITI
10
AMIRA ADAWIYAH BT. ABD JAMAL (K)
11
ABG MOHD FATHULLAH B ABG AHMAD
12
NORAZAM B NASARUDDIN
13
RUZIANA BT AZODIN

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
14
NURZIELA ARYANNA BT YAACOB (K)
15
NURUL FADILLAH BT HIDAYATULLAH
16
NABELA HUDA BT ZAIN
17
SYED MOHD AIMAN B SYED HASSAN
18
MUHAMMAD HABIB B LOKMAN

BIRO DOMESTIK
19
EZAH IZZATI BTE. OTHMAN (K)
20
NUR AMANINA BT MOHD HUSIN
21
NURUL AMIRAH BT KHAIRUL AMALI
22
MUHAMAD TAUFIQURRAHMAN B RAMLI











Rabu, 31 Oktober 2012

Perkongsian peralatan untuk mendaki GUNUNG KINABALU

CADANGAN PERALATAN UNTUK MENDAKI GUNUNG
  • 1 pasang kasut sukan yang sesuai untuk trekking, 2 pasang sarung kaki, satu semasa naik dari mersilau, satu lagi ke puncak... jika hujan boleh pakai yg kering, (bawa selipar jika perlu). Setokin diperlukan untuk mengelak kaki dari melecet.
  • Gunakan Back pack yang sesuai 30-45L dan selesa (bukan nya beg sekolah/beg sandang ). Masukkan barang-barang kedalam plastik dahulu sebelum dimasukkan kedalam bag. Beg akan ditinggalkan di Laban Rata semasa mendaki ke Puncak. Bawa day pack jika perlu.
  • Bawa Lampu “Head Lamp”, Ada di jual di Kg Air RM12.00 satu. Pastikan guna bateri baru.(Lampu Torch light sukar dibawa kerana adakalanya dua tangan diperlukan untuk mendaki )
  • Pastikan Kamera dan Telefon bimbit di masukkan kedalam plastik kecil.
  • Bawa makanan tambahan yang boleh memberi tenaga segera, Biskut, Cokelat (Cloud nine). Air disediakan sepanjang perjalanan, namun bawa 1 botol air mineral atau 100 plus.
  • Bawa Baju Hujan yang sesuai (poncho jenis pakai buang – boleh digunakan).
  • Seluar track yang ada kain didalam (seluar tebal), Jika perlu tight hingga buku lali (tahan sejuk), Boleh memakai seluar ¾ tetapi dari Mersilau hingga ke Laban rata sahaja.
  • Baju T (shirt) ringan semasa mendaki dari Mersilau ke Laban Rata,
  • Bawa Muffler atau Shawl tebal untuk tutup leher dan kepala (jika perlu).
  • Bawa Baju tebal lengan panjang yg dpt tahan sejuk, (wool atau flannel atau mmadai kain tebal)
  • Jaket tebal utk naik kepuncak ( waterproof jika ada),
  • Bawa Snow cap yg boleh menutup telinga, (Balaclava jika ada -full mask), jgn pakai topi “cap”
  • Bawa Sarung tangan tebal yang sesuai .
  • Bawa peralatan mandi yg asas sahaja (minimum). Di Laban Rata air terlalu sejuk untuk mandi.
  • Bawa keperluan kecemasan (jika perlu) seperti minyak panas, panadol, plaster dll.
editedby#A#

Lagenda KINABALU (^_^)

Gunung Kinabalu ..

Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Khamis, 25 Oktober 2012

Proses pemilihan peserta

Pada sesi kali ini, Projek Menggapai Kinabalu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar tahun pertama. Secara keseluruhannya, projek ini menerima sebanyak 62 penyertaan daripada para pelajar lelaki dan perempuan. Pendaftaran telah dibuka pada 8 September 2012 dan telah ditutup secara rasminya pada 10 September 2012.

Untuk pengetahuan, projek ini diterajui oleh 9 orang pelajar senior yang merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Projek. Dengan bantuan seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Projek ini yang diketuai oleh saudara Mohammad Syafiq Bin Bahari, beberapa proses pemilihan peserta telah dirancang dengan mengadakan sesi ujian stamina untuk menguji daya ketahanan fizikal pelajar.

Sesi ujian stamina yang pertama telah dibahagikan kepada dua kumpulan; First cycle dan Second cycle. Kumpulan first cycle telah mengadakan ujian stamina pada 22 September 2012, manakala kumpulan second cycle pada 29 September 2012. Para pelajar telah diuji dari aspek tahap stamina yang sesuai dan minimal untuk pendakian ke Gunung Kinabalu nanti. Untuk pengetahuan, Projek Menggapai Kinabalu sesi 2012/2013 ini hanya menyediakan 18 tempat untuk peserta yang terdiri daripada pelajar tahun pertama. Oleh itu, persaingan antara para pelajar sendiri adalah sangat sengit dan menyukarkan proses pemilihan peserta akhir.

KUMPULAN FIRST CYCLE





KUMPULAN SECOND CYCLE






Setelah mengadakan sesi ujian stamina ini, perbincangan telah diadakan di peringkat Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Projek untuk memilih dan menyenarai pendek senarai pelajar yang akan menjadi para peserta Projek Menggapai Kinabalu sesi kali ini. Senarai peserta akhir projek telah dikeluarkan pada 12 Oktober 2012 dan mesyuarat pertama projek telah diadakan pada 18 Oktober 2012.
Berikut merupakan senarai nama pelajar yang telah terpilih :

1. RUZIANA BT AZODIN (FAKULTI PENDIDIKAN)
2. FARAH HANUM BT RAMLI (FAKULTI PENDIDIKAN)
3. FARAH HAFIZAH BT SUHAIMI (FAKULTI KEJURUTERAAN)
4. NUR AMANINA BT MOHD HUSIN (FAKULTI SAINS)
5. NUR BAHIYAH BT SAIFUL ANWAR (FAKULTI SAINS)
6. FARIDATUL FARAH BT HAMAT@MOHD ZAIN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
7. NURUL FADILLAH BT HIDAYATULLAH (FAKULTI PENDIDIKAN)
8. NABELA HUDA BT ZAIN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
9. NURUL AMIRAH BT KHAIRUL AMALI (FAKULTI BAHASA & LINGUISTIK)
10. AHMAD WAFIUDDIN B HARUN (FAKULTI SAINS)
11. SYED MOHD AIMAN B SYED HASSAN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
12. ABG MOHD FATHULLAH B ABG AHMAD (FAKULTI KEJURUTERAAN)
13. MUHAMMAD TAUFIQURRAHMAN B RAMLI (FAKULTI EKONOMI & PENTADBIRAN)
14. MUHAMMAD HABIB B LOKMAN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
15. NURUL NAQIAH HANNY BT KAMARZAMAN (FAKULTI SAINS)
16. MOHAMAD HAZZANI B HAMZAH (FAKULTI SAINS)
17. NORAZAM B NASARUDDIN (FAKULTI KEJURUTERAAN
18. AFIQ FARHAN B MAZRIL (FAKULTI SAINS)