Assalamualaikum....
Dimaklumkan daripada Pengarah Projek, Saudara Syafiq Bahari bahawa latihan mendaki yang kedua akan diadakan pada 22 Disember 2012 di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.
Latihan ini diadakan bagi membina stamina dan memberi pengalaman tambahan kepada semua ahli-ahli Projek MK'13 sebelum melakukan pendakian di Gunung Kinabalu, Sabah pada akhir bulan Januari 2013 nanti.
Berikut gambaran mengenai Gunung Nuang :
Gunung Nuang terletak daerah Hulu Langat, Selangor, 17km dari Bandar Cheras melalui Jalanraya Hulu Langat ke Pangson dan 28km dari Kuala Lumpur. Ketinggian Gunung Nuang ialah 1493m (4899 kaki). Gunung Nuang juga bersempadan dengan negeri Pahang.
Gunung Nuang dari pandangan jauh. Sejuk mata memandang. |
Lokasi |
Gunung Nuang ialah puncak yang terting di Negeri Selangor |
Sekian, Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan