CADANGAN PERALATAN UNTUK MENDAKI GUNUNG
- 1 pasang kasut sukan yang sesuai untuk trekking, 2 pasang sarung kaki, satu semasa naik dari mersilau, satu lagi ke puncak... jika hujan boleh pakai yg kering, (bawa selipar jika perlu). Setokin diperlukan untuk mengelak kaki dari melecet.
- Bawa Lampu “Head Lamp”, Ada di jual di Kg Air RM12.00 satu. Pastikan guna bateri baru.(Lampu Torch light sukar dibawa kerana adakalanya dua tangan diperlukan untuk mendaki )
- Pastikan Kamera dan Telefon bimbit di masukkan kedalam plastik kecil.
- Bawa makanan tambahan yang boleh memberi tenaga segera, Biskut, Cokelat (Cloud nine). Air disediakan sepanjang perjalanan, namun bawa 1 botol air mineral atau 100 plus.
- Bawa Baju Hujan yang sesuai (poncho jenis pakai buang – boleh digunakan).
- Seluar track yang ada kain didalam (seluar tebal), Jika perlu tight hingga buku lali (tahan sejuk), Boleh memakai seluar ¾ tetapi dari Mersilau hingga ke Laban rata sahaja.
- Baju T (shirt) ringan semasa mendaki dari Mersilau ke Laban Rata,
- Bawa Muffler atau Shawl tebal untuk tutup leher dan kepala (jika perlu).
- Bawa Baju tebal lengan panjang yg dpt tahan sejuk, (wool atau flannel atau mmadai kain tebal)
- Jaket tebal utk naik kepuncak ( waterproof jika ada),
- Bawa Snow cap yg boleh menutup telinga, (Balaclava jika ada -full mask), jgn pakai topi “cap”
- Bawa Sarung tangan tebal yang sesuai .
- Bawa peralatan mandi yg asas sahaja (minimum). Di Laban Rata air terlalu sejuk untuk mandi.
- Bawa keperluan kecemasan (jika perlu) seperti minyak panas, panadol, plaster dll.
editedby#A#