Gambar Sekadar Hiasan |
Pada 1 Disember 2012 Jam 4.30 pagi kami akan memulakan perjalanan dari Kolej Kediaman Kinabalu ke Bukit Broga untuk melakukan aktiviti pendakian (Tarikh telah beranjak disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan).
Bukit Broga terletak bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
Objektif utama kita melakukan aktiviti ini ialah mengeratkan atau mengukuhkan lagi silaturrahim sesama ahli projek MK'13 selain membuat latihan stamina sebelum mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.
Berikut adalah beberapa Tips Untuk Melakukan Aktiviti Pendakian :
- Berdoa agar ekspedisi tidak mendatangkan musibah. Bertawakkallah kepada Allah.
- Sarapan jangan lupa !! walaupun sedikit. Disebabkan kita pergi 4.30 pagi eloklah bawa biskut dalam bungkusan kecil dan susu kotak sebagai alas perut.
- Pakai baju (t-shirt) yang nipis tetapi menyerap peluh. Bawa bersama sehelai tuala Good Morning dan sebuah beg galas kecil untuk mengisi air mineral atau 100 Plus.
- Jangan berangan hendak memakai sweater tebal kerana anda akan 'terbakar' ketika mendaki nanti! Sebaik-baiknya lakukan sedikit regangan otot atau senaman ringan sebelum mendaki untuk mengelakkan kekejangan otot.
- Pakai kasut yang selesa dengan kaki anda. Jangan menggunakan kasut yang berat dan sudah haus tapaknya.
- Jangan leka dengan telefon bimbit, i-pad dan seumpama denganya. Jangan sumbat telinga dengan earphone kerana dikhuatiri anda tidak mendengar panggilan rakan atau hilang imbangan badan di tempat tinggi (sains dan biologi =)
- Jangan berhenti berehat terlalu lama kerana dikhuatiri akan cepat letih dan 'malas' untuk meneruskan pendakian. Jangan terlalu teruja untuk mengambil gambar pada hentian pertama!
- Jika kawasan licin, berpaut pada akar pokok dan ikut tanah yang bertangga (terbentuk hasil pendakian beribu-ribu umat manusia yang telah mendaki)
- Seorang perlu naik dahulu ke atas dan menarik yang lain dengan tangan. Inilah pentingnya membawa kawan atau pergi dalam kumpulan.
- Pastikan jarak perjalanan anda dengan rakan tidak terlalu jauh kerana perjalanan turun lebih mudah dan pantas. Hati-hati kerana anda akan mudah jatuh. jangan terus berlari ke bawah tetapi berjalan ke arah kiri dan kanan (zig-zag)
- Jika rasa tidak sihat tiba-tiba sila beritahu ketua atau rakan. Jangan diamkan sahaja!!
Peringatan tambahan :
# Sila bawa kelengkapan untuk solat kerana kita akan solat Subuh di sana.
# Kalau boleh tidur awal untuk mendapatkan tenaga yang secukupnya.
# Jaga diri sesama kita.
# Enjoy Yourself
Semoga urusan kita akan dipermudahkan pada hari tersebut. In Syaa Allah.
Sekian, terima kasih.
Tips tu macam pernah dengar sahaja.. :p
BalasPadamTerima kasih baca blog saya.
sama-sama.. thanks for sharing the good tips...
Padam