Assalamualaikum & salam sejahtera,
Alhamdulillah!
Segala urusan penempahan tiket pergi-balik sudah selesai pada 15 November 2012 yang lepas.
Terima kasih Saudara Syafiq Bahari selaku Pengarah projek dalam memastikan segalanya berjalan lancar.
Selesai sudah satu masalah.
Kami dapat harga tiket untuk seorang pergi-balik RM357.00 dengan menaiki perkhidmatan penerbangan AirAsia.
27 Januari 2013 kelak terbanglah kami ke Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk penerbangan pergi kami terpaksa membahagikan kumpulan kepada 3 kumpulan yang berbeza waktu penerbangan. Penerbangan awal yang kami dapat ialah seawal 6.45 pagi. Hal ini berlaku disebabkan ketiadaan tiket untuk harga yang sama untuk 27 ahli kami.
Manakala, penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pula tiada pembahagian kumpulan. Semua ahli dapat balik pada waktu penerbangan yang sama pada 2 Februari 2013.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur telah beranjak 1 hari. Kami sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Februari 2013 tetapi disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa tambah 1 hari di Kota Kinabalu, Sabah.
Walaubagaimanapun, perubahan hari untuk penerbangan pulang tidak mendatangkan masalah kepada tentatif program kami disana. Kami dibenarkan buat aktiviti bebas. Kemungkinan besar berehat sahaja setelah penat mendaki Gunung Kinabalu.
Sekian, catatan entri kali ini.
Terima Kasih.