Jika anda ke Kota Kinabalu, anda pasti ingin melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya. Antara tempat-tempat menarik di sini ialah:
#1. Kinabalu Park
Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya anda berkunjung ke sini anda dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat dingin dan berkabus. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri. Di sini juga terdapat sebuah kedai yang menjual hasil kraftangan, pelbagai produk teh sabah dan juga cenderamata untuk dibawa pulang.
#2 North Borneo Steam Railway
North Borneo Steam Railway mungkin kurang terkenal di kalangan rakyat tempatan, tetapi cukup digemari oleh pelancong asing yang ingin merasai suasana zaman perang Malaya dulu.
Satu usahasama oleh Sutera Harbor dan Jabatan Keretapi Sabah, dengan
tarikan KK ini anda bakal melihat suasana bandar dan luar bandar Sabah dengan lokomotif Jepun zaman 1970an selama 4 jam.
Lengkap dengan makan pagi dan tengahari, pengalaman ini dikatakan cukup menyeronokkan untuk mereka yang sukakan nostalgia dan sejarah.
#3 Desa Dairy Farm
Dengan jolokan sebagai New Zealand Sabah, projek tenusu Desa Dairy Farm di kaki gunung Kinabalu ini adalah antara tempat yang perlu anda lawati jika anda ingin melihat suasana penternakan lembu dan kambing di dalam cuaca Malaysia.
Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia memerlukan suasana ala-ladang di Eropah.
Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu, anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan.
Jika anda sudah letih bergambar, anda boleh berehat sambil menikmati waffle dan ais krim serta menikmati sejuknya angin gunung.
#4 Pasar Filipina
Tidak sah ke Kota Kinabalu jika tidak ke pasar mutiara nya. Dan antara tempat popular untuk anda mencari mutiara sebelum pulang ialah di Pasar Filipina.
Peniaga di sini rata-ratanya berbangsa Filipina, jadi jangan terkejut jika anda rasa seperti di Manila.
Selain mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang.
Tapi awas. Bawa mereka yang tahu mengenai mutiara sebelum ke sini dan jangan lupa tawar menawar. Jika tidak anda mungkin terbeli mutiara tiruan dengan harga lebih tinggi dari di Semenanjung.
#5 Muzium Sabah
Jika anda ingin mengetahui secara mendalam, tentang Sabah, apa kata anda lawati Muzium Sabah ?
Muzium di Kota Kinabalu ini adalah antara muzium paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks.
Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu, anda bakal melihat koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan seramik di dalam lawatan anda di kompleks seluas 43 ekar ini.
Muzium ini mempunyai 3 bangunan. Jadi jika anda kesuntukan masa dan hanya ingin mengetahui tentang sejarah dan budaya Sabah, anda boleh memilih untuk melangkau bangunan Sains dan Teknologinya.
sumber: http://www.jomjalan.com.my/listings/category/tarikan-kota-kinabalu/