Selain berjoging, para pendaki juga perlu membuat latihan mendaki di mana-mana gunung di Malaysia yang tidak berisiko tinggi. Sebagai contoh Gunung Datuk, Gunung Angsi dan Gunung Nuang(pastikan tidak hujan). Gunung-gunung yang telah disebutkan ini anda boleh buat pendakian Daypack, iaitu pendakian harian tanpa perlu bermalam. Dan trek laluan juga bagus dan bersih, kecuali gunung nuang akan becak berlumpur jika mendaki pada musim hujan. Latihan mendaki ini akan menguatkan otot kaki dan meningkatkan stamina para pendaki.
Persediaan peralatan juga perlu dilakukan kerana mendaki Gunung Kinabalu bukannya pendakian yang mudah. Antara peralatan yang boleh dibawa ialah
1. Baju Sejuk Waterprof (tebal), jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan
2. Glove waterprof – Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.
3. Baju Hujan (Rain Coat)
4. Head Lamp – Gunakan bateri baru
5. Tongkat
6. Peralatan Kecamasan (First Aid Kit)
6. Peralatan Kecamasan (First Aid Kit)
Head Lamp
Rain Coat
Glove
Baju Sejuk
sumber: http://hamydy.wordpress.com/persediaan-mendaki-gunung-kinabalu/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan