Jumaat, 24 Januari 2014

Donation Drive Ke Shah Alam


Tanggal 22 Januari yang lalu, peserta MK'14 telah melaksanakan Donation Drive buat kali yang terakhir. Donation Drive kali ini disertai oleh 22 peserta MK'14 di Seksyen 9,11,17 dan 18, Shah Alam . Peserta MK' 14 dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap kumpulan disertai oleh 4-5 peserta. Donation Drive ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Namun begitu, 5 daripada 27 peserta berada di kolej bagi menyiapkan tugasan yang belum selesai.


Sebelum bertolak ke Shah Alam
Semua peserta yang terlibat
Pengarah projek turut serta dalam Donation Drive




Terserlah kegigihan
Wajah-wajah ceria


Rabu, 22 Januari 2014

Latihan Stamina di Gunung Nuang


Pada 21 Januari yang lalu, satu latihan stamina telah berjaya dilaksanakan bertempat di Gunung Nuang. Dengan disertai oleh kesemua peserta MK'14, pendakian bermula dengan bertolak dari kolej kediaman pada jam 4.30 pagi dengan menaiki van kolej yang telah disediakan. Tepat jam 8.15 pagi pendakian bermula dan kesemua peserta berjaya ke wakaf pertama (lolo) gunung nuang dalam jam 9.45 petang. Sejurus berehat sebentar dari pendakian, peserta dibenarkan mandi di sungai yang berhampiran dengan lokasi lolo pertama. Dalam jam 10.30 pagi, kesemua peserta bergerak turun dari lolo pertama dan tiba ke kaki gunung jam 12.00 petang sebelum berangkat pulang dengan menaiki van kolej.



Muka excited nak mendaki
Awal-awal dah sampai puncak

Tuan pengarah dok posing







Sedia Berkhidmat
Majlis Tertinggi MK'14
Biro Dana dan Tajaan
Biro Publisiti
Biro Domestik
Biro Tugas-Tugas Khas
Biro Program dan Protokol






Fakta Mengenai Pendakian


#16: TIPS PENCEGAHAN KEKEJANGAN OTOT

1. Anda digalakkan minum air elektrolit seperti 100 Plus, Revive dsb.

2. Minum air garam (oral rehydration salt) dalam tempoh 5-10 minit sebelum bermulanya misi pendakian.

3. Lakukan variasi gerakkan badan.

4. Lakukan pemanasan badan yang cukup dan regangan sebelum pendakian bermula.

#SupportMK14

Donation Drive dan Latihan Stamina



Pada 20 haribulan Januari yang lalu, semua peserta MK '14 telah melaksanakan dengan jayanya donation drive yang bertempat di Seksyen 2 dan Seksyen 7, Shah Alam. Hanya tiga kumpulan ditugaskan pada hari tersebut kerana sebilangan peserta MK '14 terlibat dengan aktiviti sukarelawan yang bertempat di kolej kediaman. Kedua-dua aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi dan tamat pada 1.30 petang.

















Ahad, 19 Januari 2014

Latihan Stamina Bukit Gasing Fasa 2


Tanggal 19 Januari 2014, kami peserta Menggapai Kinabalu '14 telah berjaya melaksanakan latihan stamina di Bukit Gasing. Tepat jam 8.00 pagi, seramai 22 orang peserta telah bertolak ke Bukit Gasing dengan menaiki van kolej kediaman. Dengan mengambil masa hanya 90 minit, kami telah berjaya menyelesaikan pendakian dengan selamatnya. Sejurus selepas itu, kami berangkat pulang ke kolej kediaman.


Famili MK '14 di kaki Bukit Gasing

Penunjuk arah percuma. 
Abang-abang tough.



Sesat ditepi peta.
Jalan yang ditempuhi.






Tudiaa....
Pengarah MK '14
Di puncak bukit.



Minggu Gerak Kerja


Assalamualaikum w.b.t.
Dengan berbakikan tujuh hari sebelum bertolak ke Kota Kinabalu,Sabah untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Minggu gerak kerja secara rasminya telah bermula pada 18 Januari 2014 sehingga 25 Januari 2014. Minggu gerak kerja ini dilaksanakan khas untuk menyiapkan tugas-tugas yang telah diberikan oleh pengarah kepada setiap biro. Sepanjang minggu gerak dilaksanakan, kami akan melaksanakan beberapa latihan stamina untuk memantapkan ketahanan fizikal dan mental para peserta. Disamping itu, beberapa donation drive akan dilaksanakan untuk menampung dana projek.

Khamis, 2 Januari 2014

Fakta Menarik Gunung Kinabalu


#13: MT KINABALU (SOUTH PEAK)


The most photographed peak of Mt. Kinabalu's summit in Sabah, Malaysia is not the highest but this uniquely pointed landscape near KM8 marker. Tagged as "South Peak", it is one of the major peaks of Mt. Kinabalu with a height of 3921.5 metres above sea level.


South Peak is commonly mistaken as the highest peak because it serves as the face of the famed mountain as seen on most photographs, probably because of its unique form. It is so famous that its image even landed on Malaysia's one (1) Ringgit bill.