Selasa, 22 Januari 2013

Senarai Nama Peserta yang Terkini

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, seorang peserta MK'13 yang terdahulu terpaksa mengundur diri dari MK'13 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, MK'13 telah memberi tempat kekosongan tersebut kepada penghuni Kolej Kinabalu bertuah iaitu Saudara Amirul Rasyid dari Fakulti Alam Bina yang masih lagi berminat untuk menggapai puncak Gunung Kinabalu bersama kami.

Berikut adalah nama peserta Projek Menggapai Kinabalu 2012/2013 :

  1. Abbie Hosanna Anak Ruang - Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
  2. Abg Mohd Fathullah B. Abg Ahmad - Falkulti Kejuruteraan
  3. Afiq Farhan B. Nazril - Fakulti Sains
  4. Ahmad Wafiuddin B. Harun - Fakulti Sains
  5. Amira Adawiyah Bt. Abd. Jamal - Fakulti Perniagaan & Perakaunan
  6. Ezzah Izzati Bt. Othman - Fakulti Perniaagaan & Perakaunan
  7. Farah Hafizah Bt. Suhaimi - Fakulti Kejuruteraan
  8. Farah Hanum Bt. Ramli - Fakulti Pendidikan
  9. Faridatul Farah Bt. Hamat@Mohd Zain - Fakulti Kejuruteraan
  10. Mohd Hazzani B. Hamzah - Fakulti Sains
  11. Mohd Syafiq B. Bahari - Fakulti Sains
  12. Muhammad Jofrizal B. Abd. Rahim - Fakulti Perniagaan & Perakaunan
  13. Muhammad Habib B. Lokman - Fakulti Kejuruteraan
  14. Muhammad Taufiqurrahman B. Ramli - Fakulti Perniaagaan & Perakaunan
  15. Muhammad Yazid Khan B. Gulab Khan - Fakulti Alam Bina
  16. Nabela Huda Bt. Zain - Fakulti Kejuruteraan
  17. Norazam B. Nasaruddin - Fakulti Kejuruteraan
  18.  Nur Amanina Bt. Mohd Husin - Fakulti Sains
  19. Nur Bahiyah Bt Saiful Anwar - Fakulti Sains 
  20. Nur Nabilah Bt. Md Nasri - Fakulti Perniagaan & Perakaunan
  21. Nurlisa Arini Bt. Md Rosli - Fakulti Perniagaan & Perakaunan
  22. Nurul Amirah Bt. Khairul Amali - Fakulti Bahasa & Linguistik
  23. Nurul Fadillah Bt Hidayatullah - Fakulti Pendidikan
  24. Nurul Naqiah Hanny Bt. Kamaruzaman - Fakulti Sains
  25. Nurziela Aryanna Bt. Yaacob - Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
  26. Syed Mohd Aiman B. Syed Hassan - Fakulti Kejuruteraan
Kini MK'13 telah disertai oleh 15 peserta perempuan dan 12 peserta lelaki. 

Sekian, terima kasih.

Trailer Latihan Mendaki Gunung 'X'

Assalamualaikum...

Berikut adalah video mengenai trailer pendakian ke Gunung 'X' pada 21 Januari 2013 ini dan sedikit sebanyak imbasan latihan pendakian Gunung Nuang oleh ahli MK'13 bagi memantapkan lagi stamina dan fizikal untuk persedian mendaki Gunung Kinabalu, Sabah yang dilakukan dalam minggu gerak kerja MK'13.


Namun begitu, latihan pendakian ke Gunung 'X' iaitu Gunung Bunga Buah, Selangor tidak dapat dilakukan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, Majlis Tertinggi Projek MK'13 telah bersetuju untuk melakukan latihan di Batu Caves, Selangor iaitu destinasi seterusnya yang telah dirancang dalam aktiviti  yang akan dilakukan dalam minggu gerak kerja MK'13.


Sekian, terima kasih.

Minggu Gerak Kerja MK'13

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kini kami sekali lagi saling berganding bahu dalam Minggu Gerak Kerja MK'13 setelah memberi ruang kepada ahli-ahli untuk minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan akhir bagi Semester 1 untuk sesi 2012/2013 iaitu lebih kurang hampir sebulan kami tidak bersua muka.

Objektif Minggu Gerak Kerja MK'13 yang bermula dari 20-24 Januari 2013 adalah untuk melakukan persiapan kali terakhir untuk Projek Menggapai Kinabalu. Selain melakukan latihan stamina dan merapatkan hubungan sesama ahli, persiapan tugasan bagi setiap Biro turut dilakukan.

Minggu Gerak Kerja MK'13 dilakukan sepenuhnya di Kolej Kinabalu Universiti Malaya.

Berikut adalah gerak kerja mengikut biro sepanjang minggu gerak kerja ini:

  • Biro Tugas-tugas khas
    • Senarai First Aid Kit
    • Senarai barang keperluan yang perlu dibawa untuk ke Sabah
    • Senarai barang keperluan individu
  • Biro Publisiti
    • Design dan print bookmark program sekolah
    • Design dan sediakan buku panduan 
    • Design name tag
    • Video UM untuk program sekolah
  • Biro Domestik
    • Jadual perjalanan di Sabah
    • Jadual penerbangan
    • Senarai tempat makan
  • Biro Dana dan Tajaan
    • Idea atau pelan donation drive
    • Jadual donation drive
    • Pembahagian tugas
    • Menyediakan tabung donation drive dan cedermata
  • Biro Program
    • Jadual dan tentatif program sekolah
    • Borang feedback
    • Borang maklumat diri peserta program sekolah
    • Senara keperluan Latihan Dalam Kumpulan
Berikut adalah tugas Biro sepanjang perjalanan ke Sabah :
  • Biro Tugas-tugas khas
    • Menjaga kebajikan ahli MK'13
    • Membuat semakan senarai setiap kali sebelum perjalanan
    • Menjaga, mengedar berang sekretariat
  • Biro Publisiti
    • Merekod, merakam, mengambil gambar untuk dikemaskinikan di blog dan Facebook Page
  • Biro Domestik
    • Menjaga hal ehwal penginapan dan penerbangan
    • Memastikan pergerakan mengikut jadual 


Sekian sahaja, terima kasih.



Jumaat, 21 Disember 2012

Jualan Harga Runtuhhhhhhhhhh!!!!!

Assalamualaikum...

Seperti sedia maklum dari post entri yang lepas pada 17-21 Disember 2012 merupakan minggu yang terakhir Menggapai Corner bagi projek MK'13 kami. Oleh itu, dengan sukacita sekali lagi kami memaklumkan bahawa kami sekali membuat jualan istimewa iaitu "Jualan Harga Runtuh" untuk semua menu kami seperti Roti Hotdog,  Roti Bakar, Smoothy dan Ice-Blended.

Berikut adalah butiran Jualan Harga Runtuh (Sila Rujuk Poster) :






Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada raka-rakan yang memberi sokongan sepanjang kami membuat jualan Menggapai Corner di Dewan Sri Mutiara, KK8.  Begitu juga syabas dan tahniah kepada ahli-ahli MK'13 kerana tidak mengenal erti penat dan mengeluh tetapi bersemangat dari hari ke hari sepanjang jualan berlangsung.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah s.w.t .
Tiada yang mustahil jika semua halangan kita dapat tempuhi.

Selamat Maju Jaya untuk Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2012/2013.

Sekian, terima kasih

"TERATAS DI PERSADA PERDANA"

Ahad, 16 Disember 2012

Latihan Mendaki Di Gunung Nuang


Assalamualaikum....

Dimaklumkan daripada Pengarah Projek, Saudara Syafiq Bahari bahawa latihan mendaki yang kedua akan diadakan pada 22 Disember 2012 di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor.

Latihan ini diadakan bagi membina stamina dan memberi pengalaman tambahan kepada semua ahli-ahli Projek MK'13 sebelum melakukan pendakian di Gunung Kinabalu, Sabah pada akhir bulan Januari 2013 nanti.

Berikut gambaran mengenai Gunung Nuang :

Gunung Nuang terletak daerah Hulu Langat, Selangor, 17km dari Bandar Cheras melalui Jalanraya Hulu Langat ke Pangson dan 28km dari Kuala Lumpur. Ketinggian Gunung Nuang ialah 1493m (4899 kaki). Gunung Nuang juga bersempadan dengan negeri Pahang.


Gunung Nuang dari pandangan jauh. Sejuk mata memandang.

                       

Lokasi
Gunung Nuang ialah puncak yang terting di Negeri Selangor

Sekian, Terima Kasih.

Istimewa Minggu Terakhir Menggapai Corner

Assalamualaikum....

Dimaklumkan bahawa 17-21 Disember 2012 merupakan minggu terakhir untuk jualan Menggapai Corner. Oleh itu, kami telah menyedia jualan istimewa untuk minggu ini iaitu Domino's Pizza.

Diharap semua dapat memberikan sokongan yang tidak sehingga terutamanya sokongan daripada rakan-rakan yang berada di KOLEJ KEDIAMAN KINABALU dengan mendapatkan kupon daripada ahli-ahli Projek Menggapai Kinabalu '13.

Berikut adalah butiran kupon Domino's Pizza :

Saiz : Large
Hari : 19 Disember 2012
Tempat : Menggapai Corner, Dewan Sri Mutiara KK8
Kupon 1 : 1 keping pizza (RM4.00)
Kupon 2 : 2 keping pizza (RM7.00)
Kupon 3 : 1 keping pizza + Ice Blended (RM7.00)


Poster Jualan Domino's Pizza

Sekian, Terima Kasih.

Video Promo Menggapai Corner

Assamualaikum...

Butir-butir Menggapai Corner:

Masa : 8.30 - 12.00 malam
Hari : Isnin - Jumaat
Tempat : Dewan Sri Mutiara KK8.

*Mulai 10-21 Disember 2012 jualan bermula dari jam 9.30 malam sehingga 12.00 malam


Berikut adalah Video Promo untuk jualan Menggapai Corner yang disediakan oleh Biro Publisiti.



Jemputlah datang beramai-ramai.
Sekian, Terima Kasih.