Rabu, 31 Oktober 2012

Perkongsian peralatan untuk mendaki GUNUNG KINABALU

CADANGAN PERALATAN UNTUK MENDAKI GUNUNG
  • 1 pasang kasut sukan yang sesuai untuk trekking, 2 pasang sarung kaki, satu semasa naik dari mersilau, satu lagi ke puncak... jika hujan boleh pakai yg kering, (bawa selipar jika perlu). Setokin diperlukan untuk mengelak kaki dari melecet.
  • Gunakan Back pack yang sesuai 30-45L dan selesa (bukan nya beg sekolah/beg sandang ). Masukkan barang-barang kedalam plastik dahulu sebelum dimasukkan kedalam bag. Beg akan ditinggalkan di Laban Rata semasa mendaki ke Puncak. Bawa day pack jika perlu.
  • Bawa Lampu “Head Lamp”, Ada di jual di Kg Air RM12.00 satu. Pastikan guna bateri baru.(Lampu Torch light sukar dibawa kerana adakalanya dua tangan diperlukan untuk mendaki )
  • Pastikan Kamera dan Telefon bimbit di masukkan kedalam plastik kecil.
  • Bawa makanan tambahan yang boleh memberi tenaga segera, Biskut, Cokelat (Cloud nine). Air disediakan sepanjang perjalanan, namun bawa 1 botol air mineral atau 100 plus.
  • Bawa Baju Hujan yang sesuai (poncho jenis pakai buang – boleh digunakan).
  • Seluar track yang ada kain didalam (seluar tebal), Jika perlu tight hingga buku lali (tahan sejuk), Boleh memakai seluar ¾ tetapi dari Mersilau hingga ke Laban rata sahaja.
  • Baju T (shirt) ringan semasa mendaki dari Mersilau ke Laban Rata,
  • Bawa Muffler atau Shawl tebal untuk tutup leher dan kepala (jika perlu).
  • Bawa Baju tebal lengan panjang yg dpt tahan sejuk, (wool atau flannel atau mmadai kain tebal)
  • Jaket tebal utk naik kepuncak ( waterproof jika ada),
  • Bawa Snow cap yg boleh menutup telinga, (Balaclava jika ada -full mask), jgn pakai topi “cap”
  • Bawa Sarung tangan tebal yang sesuai .
  • Bawa peralatan mandi yg asas sahaja (minimum). Di Laban Rata air terlalu sejuk untuk mandi.
  • Bawa keperluan kecemasan (jika perlu) seperti minyak panas, panadol, plaster dll.
editedby#A#

Lagenda KINABALU (^_^)

Gunung Kinabalu ..

Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Khamis, 25 Oktober 2012

Proses pemilihan peserta

Pada sesi kali ini, Projek Menggapai Kinabalu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar tahun pertama. Secara keseluruhannya, projek ini menerima sebanyak 62 penyertaan daripada para pelajar lelaki dan perempuan. Pendaftaran telah dibuka pada 8 September 2012 dan telah ditutup secara rasminya pada 10 September 2012.

Untuk pengetahuan, projek ini diterajui oleh 9 orang pelajar senior yang merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Projek. Dengan bantuan seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Projek ini yang diketuai oleh saudara Mohammad Syafiq Bin Bahari, beberapa proses pemilihan peserta telah dirancang dengan mengadakan sesi ujian stamina untuk menguji daya ketahanan fizikal pelajar.

Sesi ujian stamina yang pertama telah dibahagikan kepada dua kumpulan; First cycle dan Second cycle. Kumpulan first cycle telah mengadakan ujian stamina pada 22 September 2012, manakala kumpulan second cycle pada 29 September 2012. Para pelajar telah diuji dari aspek tahap stamina yang sesuai dan minimal untuk pendakian ke Gunung Kinabalu nanti. Untuk pengetahuan, Projek Menggapai Kinabalu sesi 2012/2013 ini hanya menyediakan 18 tempat untuk peserta yang terdiri daripada pelajar tahun pertama. Oleh itu, persaingan antara para pelajar sendiri adalah sangat sengit dan menyukarkan proses pemilihan peserta akhir.

KUMPULAN FIRST CYCLE





KUMPULAN SECOND CYCLE






Setelah mengadakan sesi ujian stamina ini, perbincangan telah diadakan di peringkat Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Projek untuk memilih dan menyenarai pendek senarai pelajar yang akan menjadi para peserta Projek Menggapai Kinabalu sesi kali ini. Senarai peserta akhir projek telah dikeluarkan pada 12 Oktober 2012 dan mesyuarat pertama projek telah diadakan pada 18 Oktober 2012.
Berikut merupakan senarai nama pelajar yang telah terpilih :

1. RUZIANA BT AZODIN (FAKULTI PENDIDIKAN)
2. FARAH HANUM BT RAMLI (FAKULTI PENDIDIKAN)
3. FARAH HAFIZAH BT SUHAIMI (FAKULTI KEJURUTERAAN)
4. NUR AMANINA BT MOHD HUSIN (FAKULTI SAINS)
5. NUR BAHIYAH BT SAIFUL ANWAR (FAKULTI SAINS)
6. FARIDATUL FARAH BT HAMAT@MOHD ZAIN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
7. NURUL FADILLAH BT HIDAYATULLAH (FAKULTI PENDIDIKAN)
8. NABELA HUDA BT ZAIN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
9. NURUL AMIRAH BT KHAIRUL AMALI (FAKULTI BAHASA & LINGUISTIK)
10. AHMAD WAFIUDDIN B HARUN (FAKULTI SAINS)
11. SYED MOHD AIMAN B SYED HASSAN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
12. ABG MOHD FATHULLAH B ABG AHMAD (FAKULTI KEJURUTERAAN)
13. MUHAMMAD TAUFIQURRAHMAN B RAMLI (FAKULTI EKONOMI & PENTADBIRAN)
14. MUHAMMAD HABIB B LOKMAN (FAKULTI KEJURUTERAAN)
15. NURUL NAQIAH HANNY BT KAMARZAMAN (FAKULTI SAINS)
16. MOHAMAD HAZZANI B HAMZAH (FAKULTI SAINS)
17. NORAZAM B NASARUDDIN (FAKULTI KEJURUTERAAN
18. AFIQ FARHAN B MAZRIL (FAKULTI SAINS)

Sekilas Pandang - MK '14


Projek Menggapai Kinabalu (MK) merupakan salah satu projek tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya. Selain dapat memberi impak yang positif terhadap daya ketahanan fizikal mahasiswa, projek ini dapat memberikan peluang kepada para penghuni Kolej Kediaman Kinabalu(KK8) terutamanya untuk meraih pengalaman mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini.

Untuk pengetahuan, pembinaan Kolej Kediaman Kinabalu (KK8) telah dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sabah. Oleh itu, projek ini dianjurkan juga bagi mewujudkan interaksi yang berterusan antara Yayasan Sabah dan Kolej Kediaman Kinabalu (KK8) melalui lawatan yang dibuat ke Yayasan Sabah.
Selain itu, projek ini ingin menganjurkan program sukarelawan sebagai salah satu aktiviti pengisian projek yang bermatlamat untuk memperkenalkan Universiti Malaya kepada penduduk setempat disamping menyemai nilai sukarelawan dalam kalangan peserta projek.


OBJEKTIF PROJEK

a) Menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.
b) Membina ketahanan serta kekuatan fizikal dan mental para peserta.
c) Membina hubungan baik dengan Yayasan Sabah secara berterusan.
d) Memperkenalkan Universiti Malaya kepada masyarakat setempat.
e) Menyemai dan menerapkan nilai-nilai positif di dalam diri peserta..