Isnin, 19 Januari 2015

Latihan Stamina Di Gunung Nuang

Tepat jam 6.30 pagi,seramai 29 orang termasuk seorang pengiring( Ustaz Mizra) telah bertolak ke Gunung Nuang.Setelah sampai ke destinasi,kami mendaki Gunung tersebut pada jam 8.45.Kami menawan checkpoint pertama pada jam 10.05.Setelah berusaha sampai ke checkpoint pertama,kami dibenarkan mandi di kawasan yang berhampiran.Dalam jam 12.00 kami bergerak di kaki gunung Nuang sebelum bergerak kembali ke Kolej Kediaman Kinabalu.

Waktu ketibaan




Pendakian bermula



   Sampai ke destinasi



     Turun ke kaki bukit

Selasa, 2 Disember 2014

Cabaran mendaki Gunung Kinabalu

1) Ketinggian Gunung Kinabalu menyebabkan faktor kekurangan oksigen dan kat sana memang kurang tumbuhan hijau. Jadi bernafas lah dengan baik.

2)Cuaca yang tidak menentu semasa mendaki Gunung Kinabalu sememangnya sering terjadi. sekejap hujan dan sekejap panas terik.    Tapi suhu diatas sana adalah dibawah 10 celsius.

3)Keadaan yang curam dan jalan yang licin juga memerlukan ketahanan diri yang kuat semasa mendaki. Time turun kena berhati-hati juga jalan, takut tergelincir nanti.

4)Ini adalah cabaran yang paling tercabarlah bagi semua pendaki. terutama yang jarang training sebelum pergi mendaki. KEPENATAN... Ya semasa mendaki sememangnya kamu akan merasakan terlalu penat.

Adab-adab semasa mendaki yang paling penting kamu Jangan lakukan dan penting kamu lakukan:

1)Jangan kamu bercakap besar, celupar atau cakap perkara yang tak senonoh. Kata orang sabah Jangan "Tembirang". Hehehe

2)Janganlah kamu ketawa melalak macam orang kena sawan. Ketawa secara kecil sahaja tak pun janganlah ketawa. Ketawa dalam hati sahaja. Control ayu kata orang.

3)Jangan kamu bermain-main dengan kawan. Main sembunyi-sembunyi ka nanti kena sembunyi pula betul2.. atau bermain lari-lari. Tebing dan curam disana,so janganlah bergurau senda semasa mendaki. Sangat berbahaya.

4)Jangan membuang sampah merata-rata. simpan dulu sampah korang dalam beg. Bila dah sampai kat Laban rata( Tempat tinggal kat Gunung Kinabalu), baru korang buang sampah tu. Tak pun kamu bawa sampai kamu turun.

5) Jangan berehat terlalu lama semasa mendaki, paling lama kamu boleh berehat tidak lebih dari 5 Minit. Kalau lama berehat akan menyebabkan kekejangan otot.

6)Jangan membawa sebarang benda atau tumbuhan dari gunung. Batu ka,air terjun ka, tumbuhan ka, dan lain-lain.. Jangan sesekali berani nak bawa balik.

7)Jangan jalan berjauhan dari kawan-kawan atau kumpulan. Bergerak sentiasa bersama kawan dan kumpulan.

8) Paling penting! sentiasa lah ikut nasihat dari yang pakar. Terutamanya guide yang tunjuk arah semasa mendaki.. Mereka lebih berpengelaman dan tahu segala selok belok semasa mendaki. Nasihat dan teguran mereka sangat penting

Selasa, 25 November 2014

Tempat-tempat menarik di Sabah

Jika anda ke Kota Kinabalu, anda pasti ingin melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya. Antara tempat-tempat menarik di sini ialah:

#1. Kinabalu Park
Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya anda berkunjung ke sini anda dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat dingin dan berkabus. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri. Di sini juga terdapat sebuah kedai yang menjual hasil kraftangan, pelbagai produk teh sabah dan juga cenderamata untuk dibawa pulang.



#2 North Borneo Steam Railway
North Borneo Steam Railway mungkin kurang terkenal di kalangan rakyat tempatan, tetapi cukup digemari oleh pelancong asing yang ingin merasai suasana zaman perang Malaya dulu.
Satu usahasama oleh Sutera Harbor dan Jabatan Keretapi Sabah, dengan tarikan KK ini anda bakal melihat suasana bandar dan luar bandar Sabah dengan lokomotif Jepun zaman 1970an selama 4 jam.
Lengkap dengan makan pagi dan tengahari, pengalaman ini dikatakan cukup menyeronokkan untuk mereka yang sukakan nostalgia dan sejarah.


#3 Desa Dairy Farm
Dengan jolokan sebagai New Zealand Sabah, projek tenusu Desa Dairy Farm di kaki gunung Kinabalu ini adalah antara tempat yang perlu anda lawati jika anda ingin melihat suasana penternakan lembu dan kambing di dalam cuaca Malaysia.
Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia memerlukan suasana ala-ladang di Eropah.
Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu, anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan.
Jika anda sudah letih bergambar, anda boleh berehat sambil menikmati waffle dan ais krim serta menikmati sejuknya angin gunung.



#4 Pasar Filipina
Tidak sah ke Kota Kinabalu jika tidak ke pasar mutiara nya. Dan antara tempat popular untuk anda mencari mutiara sebelum pulang ialah di Pasar Filipina.
Peniaga di sini rata-ratanya berbangsa Filipina, jadi jangan terkejut jika anda rasa seperti di Manila.
Selain mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang.
Tapi awas. Bawa mereka yang tahu mengenai mutiara sebelum ke sini dan jangan lupa tawar menawar. Jika tidak anda mungkin terbeli mutiara tiruan dengan harga lebih tinggi dari di Semenanjung.


#5 Muzium Sabah
Jika anda ingin mengetahui secara mendalam, tentang Sabah, apa kata anda lawati Muzium Sabah ?
Muzium di Kota Kinabalu ini adalah antara muzium paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks.
Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu, anda bakal melihat koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan seramik di dalam lawatan anda di kompleks seluas 43 ekar ini.
Muzium ini mempunyai 3 bangunan. Jadi jika anda kesuntukan masa dan hanya ingin mengetahui tentang sejarah dan budaya Sabah, anda boleh memilih untuk melangkau bangunan Sains dan Teknologinya.


sumber: http://www.jomjalan.com.my/listings/category/tarikan-kota-kinabalu/


Jumaat, 21 November 2014

Persediaan Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu

Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti, kita perlu membuat persediaan yang rapi. Antara persediaan yang perlu dilakukan ialah stamina. Stamina amat penting sekiranya kita ingin mendaki apa jenis gunung sekalipun. Hal ini kerana mendaki ialah satu aktiviti melawan graviti. Oleh itu, persediaan yang boleh dilakukan oleh para pendaki ialah berjoging pada setiap petang. Para pendaki perlu mula membuat latihan stamina ini sekurang-kurangnya sebulan sebelum mendaki. Para pendaki dinasihatkan agar melakukan aktiviti berjoging sebanyak 3 kali seminggu. 

Selain berjoging, para pendaki juga perlu membuat latihan mendaki di mana-mana gunung di Malaysia yang tidak berisiko tinggi. Sebagai contoh Gunung Datuk, Gunung Angsi dan Gunung Nuang(pastikan tidak hujan). Gunung-gunung yang telah disebutkan ini anda boleh buat pendakian Daypack, iaitu pendakian harian tanpa perlu bermalam. Dan trek laluan juga bagus dan bersih, kecuali gunung nuang akan becak berlumpur jika mendaki pada musim hujan. Latihan mendaki ini akan menguatkan otot kaki dan meningkatkan stamina para pendaki. 

Persediaan peralatan juga perlu dilakukan kerana mendaki Gunung Kinabalu bukannya pendakian yang mudah. Antara peralatan yang boleh dibawa ialah

1. Baju Sejuk Waterprof  (tebal),  jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan

2. Glove waterprof – Jika guna glove kain nanti jika hujan tali yang di pegang akan basah.

3. Baju Hujan (Rain Coat) 

4. Head Lamp – Gunakan bateri baru

5. Tongkat 

6. Peralatan Kecamasan (First Aid Kit)

Head Lamp


Rain Coat

Glove


Baju Sejuk





sumber: http://hamydy.wordpress.com/persediaan-mendaki-gunung-kinabalu/




Jumaat, 14 November 2014

Fakta 1 : Pembentukan Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.
Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar [4].
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang.[5]Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan. Penyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu pemantauan semula telah dilaksanakan menerusi teknologi satelit yang mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah pada ketinggian 4,095 meter (13,435 ka) diatas paras laut, dimana ketinggiannya kurang 6 meter (20 ka) daripada apa yang ternyata dalam terbitan angka hitherto yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,101 meter (13,455 ka).[6]
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
  • Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
  • Puncak St John's (St. John's Peak) (4090.7m)
  • Puncak Oyayubi Iwu / puncak victoria (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)

sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Kinabalu

Jumaat, 24 Januari 2014

Donation Drive Ke Shah Alam


Tanggal 22 Januari yang lalu, peserta MK'14 telah melaksanakan Donation Drive buat kali yang terakhir. Donation Drive kali ini disertai oleh 22 peserta MK'14 di Seksyen 9,11,17 dan 18, Shah Alam . Peserta MK' 14 dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap kumpulan disertai oleh 4-5 peserta. Donation Drive ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Namun begitu, 5 daripada 27 peserta berada di kolej bagi menyiapkan tugasan yang belum selesai.


Sebelum bertolak ke Shah Alam
Semua peserta yang terlibat
Pengarah projek turut serta dalam Donation Drive




Terserlah kegigihan
Wajah-wajah ceria