Selasa, 2 Disember 2014

Cabaran mendaki Gunung Kinabalu

1) Ketinggian Gunung Kinabalu menyebabkan faktor kekurangan oksigen dan kat sana memang kurang tumbuhan hijau. Jadi bernafas lah dengan baik.

2)Cuaca yang tidak menentu semasa mendaki Gunung Kinabalu sememangnya sering terjadi. sekejap hujan dan sekejap panas terik.    Tapi suhu diatas sana adalah dibawah 10 celsius.

3)Keadaan yang curam dan jalan yang licin juga memerlukan ketahanan diri yang kuat semasa mendaki. Time turun kena berhati-hati juga jalan, takut tergelincir nanti.

4)Ini adalah cabaran yang paling tercabarlah bagi semua pendaki. terutama yang jarang training sebelum pergi mendaki. KEPENATAN... Ya semasa mendaki sememangnya kamu akan merasakan terlalu penat.

Adab-adab semasa mendaki yang paling penting kamu Jangan lakukan dan penting kamu lakukan:

1)Jangan kamu bercakap besar, celupar atau cakap perkara yang tak senonoh. Kata orang sabah Jangan "Tembirang". Hehehe

2)Janganlah kamu ketawa melalak macam orang kena sawan. Ketawa secara kecil sahaja tak pun janganlah ketawa. Ketawa dalam hati sahaja. Control ayu kata orang.

3)Jangan kamu bermain-main dengan kawan. Main sembunyi-sembunyi ka nanti kena sembunyi pula betul2.. atau bermain lari-lari. Tebing dan curam disana,so janganlah bergurau senda semasa mendaki. Sangat berbahaya.

4)Jangan membuang sampah merata-rata. simpan dulu sampah korang dalam beg. Bila dah sampai kat Laban rata( Tempat tinggal kat Gunung Kinabalu), baru korang buang sampah tu. Tak pun kamu bawa sampai kamu turun.

5) Jangan berehat terlalu lama semasa mendaki, paling lama kamu boleh berehat tidak lebih dari 5 Minit. Kalau lama berehat akan menyebabkan kekejangan otot.

6)Jangan membawa sebarang benda atau tumbuhan dari gunung. Batu ka,air terjun ka, tumbuhan ka, dan lain-lain.. Jangan sesekali berani nak bawa balik.

7)Jangan jalan berjauhan dari kawan-kawan atau kumpulan. Bergerak sentiasa bersama kawan dan kumpulan.

8) Paling penting! sentiasa lah ikut nasihat dari yang pakar. Terutamanya guide yang tunjuk arah semasa mendaki.. Mereka lebih berpengelaman dan tahu segala selok belok semasa mendaki. Nasihat dan teguran mereka sangat penting