Projek Menggapai Kinabalu (MK) merupakan salah satu projek tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya. Selain dapat memberi impak yang positif terhadap daya ketahanan fizikal mahasiswa, projek ini dapat memberikan peluang kepada para penghuni Kolej Kediaman Kinabalu(KK8) terutamanya untuk meraih pengalaman mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini.
Untuk pengetahuan, pembinaan Kolej Kediaman Kinabalu (KK8) telah dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sabah. Oleh itu, projek ini dianjurkan juga bagi mewujudkan interaksi yang berterusan antara Yayasan Sabah dan Kolej Kediaman Kinabalu (KK8) melalui lawatan yang dibuat ke Yayasan Sabah.
Selain itu, projek ini ingin menganjurkan program sukarelawan sebagai salah satu aktiviti pengisian projek yang bermatlamat untuk memperkenalkan Universiti Malaya kepada penduduk setempat disamping menyemai nilai sukarelawan dalam kalangan peserta projek.
OBJEKTIF PROJEK
a) Menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.
b) Membina ketahanan serta kekuatan fizikal dan mental para peserta.
c) Membina hubungan baik dengan Yayasan Sabah secara berterusan.
d) Memperkenalkan Universiti Malaya kepada masyarakat setempat.
e) Menyemai dan menerapkan nilai-nilai positif di dalam diri peserta.
Jumaat, 29 November 2013
Selasa, 26 November 2013
Menggapai Corner Fasa 1
Alhamdulillah pada 18 November sehingga 21 November 2013, semua AJK Menggapai Kinabalu telah bertungkus lumus bekerjasama menguruskan Menggapai Corner untuk tujuan menggumpul dana bagi Menggapai Kinabalu 14.
Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan Menggapai Corner. Jika ada sebarang komen berkenaan menu Menggapai Corner boleh sahaja berhubung terus dengan AJK Menggapai Kinabalu 14.
Antara beberapa gambar berkenaan Menggapai Corner :
AJK berbincang berkenaan Menggapai Corner |
Menyusun hiasan |
Bersedia menerima kehadiran pelanggan |
Roti bakar roti 'hot dog' |
'Ice blended' |
Gigih mengira hasil jualan |
Berkemas-kemas untuk tutup |
Insya ALLAH Menggapai Corner akan diteruskan seperti biasa pada minggu hadapan.
Support Menggapai Kinabalu MK'14.
Hak cipta terpelihara
Unknown
Ahad, 17 November 2013
Menggapai Corner Kembali Semula
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hampir setahun Menggapai Corner telah mendiamkan diri dan kini kembali dengan jualan yang lebih istimewa. Menggapai Corner merupakan gerai jualan Projek Menggapai Kinabalu bertujuan untuk meningkatkan dana projek.
Antara Menu yang kami akan jual:
Tarikh: 18-21 November 2013
Masa: 9.00pm-12.00am
Tempat: Dewan Sri Mutiara, Kolej Kediaman Kinabalu, KK8, Universiti Malaya
Berikut adalah poster dan video yang oleh Biro-Biro Publisiti
Video promo = https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5EpgJC0ytE4
Nantikan kami pada minggu hadapan. Support Menggapai Kinabalu MK'14
Demi ke puncak Gunung Kinabalu!!
Hampir setahun Menggapai Corner telah mendiamkan diri dan kini kembali dengan jualan yang lebih istimewa. Menggapai Corner merupakan gerai jualan Projek Menggapai Kinabalu bertujuan untuk meningkatkan dana projek.
Antara Menu yang kami akan jual:
- Iceblended
- Roti hotdog
- Roti Bakar
- Sandwich
- Fries
- Wedges
Tarikh: 18-21 November 2013
Masa: 9.00pm-12.00am
Tempat: Dewan Sri Mutiara, Kolej Kediaman Kinabalu, KK8, Universiti Malaya
Berikut adalah poster dan video yang oleh Biro-Biro Publisiti
Video promo = https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5EpgJC0ytE4
Nantikan kami pada minggu hadapan. Support Menggapai Kinabalu MK'14
Demi ke puncak Gunung Kinabalu!!
Hak cipta terpelihara
Unknown
Jumaat, 15 November 2013
Menggapai Corner Domino's Pizza
Pada tanggal 14/11/2013, projek Menggapai Kinabalu dengan jayanya telah melaksanakan penjualan dan penghantaran Domino's Pizza di sekitar UM. Sebanyak 32 kotak pizza telah dijual pada malam itu. Penjualan pizza ini berkemungkinan akan diteruskan pada masa hadapan.
Berikut adalah butiran kupon Domino's Pizza:
Saiz: Large
Hari: 14 November 2013
Masa: 8.00 P.M~12.00 A.M
Tempat: Menggapai Corner, Dewan Sri Mutiara, KK8
Kupon 1: 1 keping pizza (RM4.00)
Kupon 2: 1 keping pizza+ Air Kordial (RM5.00)
Hak cipta terpelihara
Unknown
Khamis, 14 November 2013
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera,
Projek Menggapai Kinabalu membuka tirai semula pada sesi kali ini. Pada sesi ini, jumlah penyertaan telah ditambah kepada 40 orang peserta. Misi yang sama iaitu MENAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU. MK'14 akan mempelbagaikan aktiviti di Bumi Kenyalang. Antaranya ialah program Kebajikan Masyarakat. Selain itu, MK’14 akan menggunakan laluan yang berbeza dari sesi lepas iaitu laluan Mersilau. Peserta MK’14 akan merasakan pendakian yang mencabar, menguji fizikal dan mental. Namun, cabaran ini akan terubat apabila melihat permandangan yang disajikan.
Hak cipta terpelihara
Unknown
Langgan:
Catatan (Atom)