Assalamualaikum...
Pada 8 Disember 2012 yang lalu kami telah melakukan latihan stamina mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Kami bertolak pada pukul 3.00 pagi dari Kolej Kinabalu, UM dan melakukan pendakian sebelum waktu Subuh.
Seterusnya pada 22 Disember 2012, kami melakukan latihan stamina mendaki di Gunung Nuang, Selangor. Gunung Nuang merupakan puncak yang tertinggi di negeri Selangor. Kami bertolak dari kolej pada pukul 4.00 pagi dan melakukan pendakian sebaik sahaja selesai solat Subuh berjemaah. Namun begitu kami tidak sampai ke puncak Gunung Nuang dan kami hanya tamat pendakian di tapak perkhemahan yang pertama sahaja.
Destinasi seterusnya pula kami memilih Gunung 'X' iaitu Gunung Bunga Buah, Genting, Pahang pada 20 Januari 2013. Namun dengan dukacita destinasi ini tidak dapat ditawan oleh kami kerana Gunung Bunga Buah ini merupakan kawasan yang perlu mendapatkan keizinan sebelum masuk. Oleh sebab kami lewat meminta kebenaran untuk memasuki kawasan tersebut kami hanya membuat latihan stamina di Batu Caves, Selangor.
Seterusnya pula kami merancang untuk melakukan aktiviti latihan stamina mendaki di Gunung Tok Wan, Semenyih, Selangor pada 23 Januari 2013. Namun begitu dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa kami tidak berjaya sampai ke puncak Gunung Tok Wan. Kami hanya tiba di puncak Bukit Broga sahaja.
Itulah latihan stamina luar yang telah kami lakukan selain latihan dalam Universiti Malaya iaitu jogging dan naik turun tangga.
Semoga usaha kami melakukan latihan ini mampu memberi kami pengalaman untuk mengatasi halangan yang bakal kami alami di Gunung Kinabalu nanti.
Semoga segala urusan kami di Kinabalu, Sabah dipermudahkan hendakNya.
Sekian, terima kasih.